Saturday, July 6, 2013

Welcoming The Ramadhan



Asalamualaikum peoples! I hope we are in a blessed by Allah,  as we know that ramadhan is just a few more days before we leave the sya'ban. tak tahu kenapa hati ni sedih sangat nak sambut ramadhan. About 2-3 more days to go before the ramadhan is arrive and  I start to wondering myself can I perform fasting and tarawih this ramadhan? It's just so sad to think about it. I googling myself about  Islam And Allah, and my heart just so sad + happy ( don't know how to describe it ) . Harap tahun ni dapat lah perbanyakkan lagi buat amal ibadah dalam bulan puasa berbanding tahun lepas.


Last year puasa, alhamdulillah best lah jugak, harap tahun ni lagi best, semakin dewasa semakin kita kenal apa itu puasa, and what we have to do and don'ts on the month of ramadhan, dan macam mana nak perbanyakkan amal pahala kita di bulan puasa. Hati sangat tenang nak buat kebaikan sebab syaitan kan kena ikat masa bulan puasa *tapi kena ingat nafsu tak !  kepada lelaki control lah nafsu untuk merokok, and for the girls control lah nafsu untuk bergossip, shopping raya and macam- macam lagi masa bulan puasa *just for reminder . jadi it's depends on yourself dah besar kan,  pandai-pandailah bawa haluan hidup pilih yang mana baik dan buruk. Rebut peluang untuk kita kumpul pahala pada bulan ni sebab pada bulan ni pintu syurga akan dibuka seluas - luasnya. Mashallah pahalanya mungkin tak terkira. Harap kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna  ramadhan ni, dapat mendekatkan diri lagi kepada Allah, menambahkan ilmu agama yang masih kurang dalam diri dan sentiasa refleksi diri kita . I hope this ramadhan I can give something to people, berbakti kepada orang,  like Prof Muhaya said "fikir apa yang kita boleh beri, bukan apa yang kita boleh dapat" , jadi ringan-ringankan lah tangan kita untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Semoga apa yang kita buat diberkati dan amal ibadah kita bulan puasa ni diterima Allah. Aminnn ~ Akhir kata Salam Ramadhan Muslim dan Muslimat semua :)

                           



                                                                                         
                             " sangat teruja dengan ramadhan yang bakal mendatang "



                                            
             " walaupun syaitan kena ikat sepanjang bulan ramadhan, jangan lupa baca quran :) "



                                 
"kerasnya hati sebab sikap negatif kita, negatif tu datang dari syaitan. Ambil peluang ramadhan ni untuk dekatkan diri dengan Allah dan berdoa supaya diteguhkan Iman"

Wednesday, February 27, 2013

Islam dan Aurat

                




Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat

Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Monday, February 4, 2013

Ohhh No CHICKEN POX !!!!

Asalamualaikum korang, tiba - tiba tengah bosan rasa nak update pulak kesengsaraan aku selama 2 minggu kena chicken pox ni pun belum pulih sepenuhnya lagi makan still kena pantang . okay lah 21january 2013 aku disahkan kena chicken pox, tak tipu !!! memang siapa yang kena tu lagi - lagi time korang kena ni bila time remaja memang sengsara , pressure sangat yelah dengan demam panas menggigil - gigilnya. tekak bengkak nak telan ubat pun susah, lagi - lagi tengok bintik - bintik merah tu tumbuh merata tempat kat satu badan, Nak - nak lagi dia tumbuh kat muka. Aku sampai nak tengok cermin pun takut takda self - confidence. nak tak nak kena lah jugak sebab  nak kena sapu ubat kat muka, nasib baik lah benda ni kena sekali seumur hidup kalau banyak kali memang tak tertanggung aku dibuatnya. 2 minggu makan sup sayur rebus je. sampai naik kembang tekak aku ni hari - hari makan sayur hijau. nak buat macam mana dah kena demam campak makan pun kenalah pantang  Aku dari kecik tak pernah kena sampai lah umur aku 18 tahun ni pun sebab berjangkit dengan adik aku. Aku cakap dengan dia seumur hidup aku tak pernah kena demam campak tengok - tengok 2 minggu lepas tu terus demam panas. nak ikutkan adik aku punya lagi teruk  bintik - bimtik dia sebab dia kecik lagi bukan nya tahu nak pantang makan apa dia pun bedal je. mak aku tegur sekali. lepastu dia buat balik. yela budak kecikkan. Hahah kena chicken pox ni kawan aku sampai gelak yela orang kena chicken pox time kecik aku kena time dah besar macam ni. memang tekanan gila lagi - lagi dia tumbuh kat kepala. gila gatal !!! dah gatal aku garu lah lepas tu dia jadi bengkak and nanah. Sakit sangat kepala sampai tak boleh tidur malam, kepala pun tak boleh baring so 2 hari aku tidur duduk dah kepala aku tak boleh tahan sakit sangat. So kesimpulan dia kalau chicken pox tu tumbuh jangan lah gatal tangan korang kopek. Dekat muka pun aku kopek jugak dekat pipi , dahi , kening last2 dia jadi bernanah aku dah takut tengok muka so terus ajak mama pergi klinik. Pergi klinik doctor kata jangan garu so sejak dari tu aku tidur pakai sarung tangan yang orang main ice skate tu . nak elak PUNYA PASAL dari tergaru nanti lagi teruk jadinya.


Aku ingat lagi time sampai je klinik tu nurse tu tengok muka aku semua macam tengok apa je . Jumpa doktor tu dia kata kalau chicken pox tahap remaja ni kena lah jaga elok2 sebab yang terkejutnya dia cakap boleh "MANDUL" tak paham jugak ? dalam erti kata lain kalau korang kahwin tak boleh ada anak lah. Doktor tu cakap sampai ada patients dia masuk wad sebab tak jaga chicken pox betul - betul . Yelah makan mana boleh sebarangan , minum pun tak bolehlah yang ber-ais. and doktor tu pun sarankan supaya jangan mandi masa kena cicken pox tu just lap2 badan je. Aku sampai seminggu tak mandi lap2 badan je. hari ke-7 memang tak tahan kepala ni macam dah berjelubung dalam minyak je. so pergi lah mandi baru rasa segar balik lepas 7 hari lap2 badan je. hehehe .Pergi klinik doktor bagi 3 ubat makan nama dia ubat Antiviral, Antiviral ni memang khas untuk demam campak sehari makan 5 kali, ubat antibiotik and ubat gatal. And lagi 1 doctor tu bagi ubat sapu colour pink. Nama dia "Calamine Lotion" memang elok lepas berapa hari dia terus kering tapi korg kene rajin pakai lah macam aku doctor suruh pakai 2kali aku pakai 3kali sehari , nak elok punya pasal :) ouhhh yaa lagi satu doctor ada cakap jugak chicken pox Malaysia ni sekarang dengan dulu dah tak sama. mak aku pun cakap dia kata dulu masa mama kecik- kecik kena bintik-bintik  dalam tu ada air putih je. tapi sekarang tengok korang kena bernanah tak macam orang dulu. Doctor tu cakap chicken pox dekat Malaysia sekarang ni tak macam dulu sebab orang dari negara asing macam indon , bangla banyak masuk negara kita so penyakit and virus-virus dari luar dibawa ke Malaysia. So korang yang kerja kilang ada warga asing tu jaga - jaga lah ye :)

Jangan Ambik Benda Time Kena Demam Campak :

: Ikan , Ayam , Daging , Udang , Ikan Bilis , Belacan , Benda berminyak , Benda bergoreng , Telur

: Air Sejuk pun tak boleh

Benda Disarankan Ambil Time Kena Demam Campak 

: Air Kelapa ( mengurangkan panas ketika demam campak & mengeluarkan bintik-bintik chicken pox  yang ada dalam badan kita *so senang lah nak baik and  nak sapu cream tu kalau bintik2 tu semua keluar dari badan )

: Sup Sayur Kosong (sayur + air + bawang putih + bawang merah + garam = siap ^-^) "recommended by the doctor"